Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

05 January, 2010

WAN NIK WAN YUSOF: Fakta tuntutan RM800 juta


19 Muharram 1431

Wan Nik Wan Yusof

Jawapan kepada komentar Dr. Sivamurugan Pandian (Sinar Harian, Ahad 3hb. Januari 2010: N4) bertajuk ”UMNO dan PAS harus duduk semeja.”


Hakikat keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu meluluskan saman Timbermine Sdn. Bhd berjumlah RM800 juta tidak wajar diseret ke peringkat penyelesaian politik sehingga menggesa ’UMNO dan PAS duduk semeja.’ Paling tidak wajar lagi, apabila ditohmahkan dengan kenyataan yang tidak berfakta dan tersasar daripada landasan akademik. Sedangkan fakta yang berlaku semasa penghakiman mahkamah itu tidak dikaji terlebih dahulu

Apa yang perlu difahami adalah Kerajaan Negeri Kelantan sekarang berdepan dengan keputusan mahkamah yang perlu diselesaikan melalui saluran mahkamah. Maka, kenyataan Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar untuk memfailkan rayuan adalah wajar. Asasnya, pihak Kerajaan Negeri mempunyai hujah bagi membuktikan tidak wajar saman dibayar dan ia sebenarnya adalah saki-baki warisan Kerajaan BN semasa berkuasa dahulu.

Justeru itu, fakta-fakta berikut (disertakan di bawah) adalah bacaan ’wajib’ yang boleh menidakkan komentar Dr Sivamurugan Pandian (Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM) atau mana-mana pihak yang seumpama beliau. Sehubungan itu, dicadangkan agar pihak academician atau mana-mana pengkaji politik boleh hadir sendiri untuk meninjau kedudukan sebenar isu tersebut di mata rakyat Kelantan. Hakikat yang terbina, tiada niat bagi Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar untuk ’menuduh’ atau ’memuakkan’ rakyat dalam soal kepentingan Negeri dan rakyat Kelantan.

Sekian, wassalam.

Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik
Menteri Besar Kelantan.
18 Muharam 1431/4 Januari 2010.

Latar belakang isu

Suatu hakikat, Kerajaan PAS di zaman Almarhum Datuk Mohd Asri sentiasa menghadapi diskriminasi daripada Kerajaan Pusat sehingga program pembangunan negeri terhalang.

Namun tanggungjawab membangun Negeri demi kepentingan rakyat mesti diteruskan.

PAS yang mula memerintah Kelantan mulai 1959, iaitu pada pilihan raya pertama selepas negara mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun banyak halangan diterima kerajaan daripada kerajaan pusat.

Namun, komitmen Kerajaan PAS Kelantan tetap untuk meneruskan aktiviti pembangunan Negeri. Mengambil kira faktor tersebut Kerajaan Negeri berusaha mencari sumber alternatif iaitu kekayaan sumber hutan bagi mendapatkan wang untuk membangunkan Kelantan.

Alternatif itu berlaku melalui Timbermine Sdn Bhd yang bersedia menguruskan indutsri berasaskan balak. Maka, syarikat tersebut dirundingi dan diberi konsesi kawasan pembalakan di Hulu Kelantan. Hasil daripada perjanjian tersebut Kerajaan Negeri mendapat sumber kewangan yang kemudiannya dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan prasarana untuk faedah rakyat, antaranya;

. Jambatan Sultan Yahya

. Stadium Sultan Mohammad Ke IV

. Projek saliran

. Pembukaan tanah dan pembangunan tanah pertanian di kawasan Hulu Kelantan

. Pembesaran Pusat Yayasan Pengajian Islam Kelantan

. Pembiyaan pelajar Kelantan ke luar negara dan universiti tempatan

. Mengemaskini gaji guru-guru agama

Bagaimanapun semasa Kerajaan Campuran-BN mulai 1974, banyak dasar-dasar dan keputusan Kerajaan Negeri dipengaruhi dan dibayangi oleh pemimpin Umno. Atas fakta inilah bermulanya episod pertikaian Timbermine Sdn. Bhd. dengan Kerajaan Negeri.

Antaranya, pihak Kerajaan Pusat pernah membawa kes Timbermine ke Mahkamah Persekutuan dengan mendakwa Kerajaan Kelantan menggadai sejumlah kawasan hutan yang luas kepada sebuah syarikat asing.

Mahkamah membuat keputusan ada bukti perjanjian dibuat dengan Timbermine dan mengesahkan gadaian tersebut. Di samping itu, Mahkamah turut memberi pandangan sekiranya syarikat melanggar perjanjian, Kerajaan Negeri boleh membatal perjanjian tersebut.

Kerajaan Negeri kemudian menubuh satu jawatankuasa khas bagi mengkaji perjanjian tersebut. Tindakan membatal dicadangkan sekiranya ada perlanggaran terma perjanjian. Akhirnya, Kerajaan Negeri mengambil keputusan mahu membatalkan perjanjian, namun terhalang kerana Menteri Besar bertukar selepas pilihan raya umum 1974.

Selepas itu kawasan seluas 30,000 ekar telah diserah kepada Felda untuk dibangunkan. Kerajaan Negeri juga membayar saguhati kepada Timbermine sebanyak RM3.5 juta yang dipinjamkan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan tuntutan Timbermine.

Kes tersebut dianggap selesai oleh Kerajaan Negeri setelah membayar RM3.5 juta kepada Timbermine. Tetapi pihak Timbermine kemudian telah mengemukakan kepada Menteri Besar ketika itu (14.11.1989) beberapa maklumat berkenaan kepentingan mereka berkaitan penyelesaian yang dimaksudkan.

Namun kepentingan itu gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN pada masa itu. Justeru itu, syarikat tersebut kemudian memanjangkan pendekatan penyelesaian dan fakta-fakta yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN sebelum itu kepada Kerajaan Negeri pimpinan PAS. Seterusnya Timbermine telah memfailkan semula tuntutan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 2004 untuk menuntut ganti rugi.

Kesan daripada tuntutan tersebutlah berlakunya penghakiman yang mengarahkan Kerajaan Negeri membayar RM800 juta kepada Timbermine. Walau apapun, Kerajaan Negeri telah mengumumkan akan merayu keputusan mahkamah tersebut. Ruang merayu dijangka dapat merungkaikan beberapa fakta yang mungkin pihak mahkamah boleh meneliti semula beberapa eksibit. Mudah-mudahan ia bakal memberi keadilan sewajarnya kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Laporan Kes Mahkamah Tinggi Kota Bharu Guaman Sivil No. 22-5-2004 Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn. Bhd melawan Kerajaan Negeri Kelantan.

Fakta latar belakang kes berdasarkan keterangan dan eksibit yang dikemukakan di mahkamah.

1. Plaintif dan Defenden telah memasuki satu perjanjian konsesi pembalakan (perjanjian utama) di Kawasan Ulu Kelantan pada 20.7.1964 bagi kawasan seluas 510 239 ekar bagi tempoh 33 tahun mulai tarikh perjanjian. Bayaran sebanyak RM 1 Juta telah dibayar sebagai sebahagian bayaran premium yang berjumlah RM 2 Juta telah dibuat selepas perjanjian ditandatangani. Perjanjian utama dieksibitkan sebagai aksibit P1.

2. Melalui satu perjanjian tambahan yang ditandatangani di antara kedua-dua pihak pada 6.11.1965 kawasan konsesi telah dikurangkan kepada 280 000 ekar. Perjanjian tambahan ini telah dieksibitkan sebagai eksibit P2.

3. Walau bagaimana pun perjanjian konsesi tersebut telah ditamatkan oleh pihak Defenden atas alasan pihak plaintif telah gagal memenuhi obligasinya sebagaimana di bawah Klausa 5(b) perjanjian konsesi (eksibit P1) dan pihak defenden telah menjalankan hak untuk menamatkan perjanjian sebagaimana di bawah Klausa 5(b) perjanjian yang sama. Surat pihak Defenden kepada pihak plaintif berkenaan pekara ini adalah satu surat bertarikh 18.3.1975 yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pada ketika itu. Surat ini dieksibitkan sebagai eksibit P6

4. Plaintif telah menerima surat di atas dan telah dijawab oleh Plaintif melalui surat peguam mereka bertarikh 21.4.1975. Surat ini menyatakan bahawa pihak Plaintif mencabar keputusan Defenden. Surat dieksibitkan sebagai eksibit P7.

5. Pihak-pihak telah kemudiannya berunding untuk menyelesaikan kes. Pada 17.6.1975 suatu mesyuarat telah diadakan. Mesyuarat dipengerusikan YBM Tengku Ahmad Rithaudeen Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas pada masa itu. Pihak kerajaan negeri dan pihak Plaintif turut hadir mewakili kepentingan mereka. Perbincangan di dalam mesyuarat diangap dibuat “without prejudice” terhadap apa-apa tindakan undang-undang antara Kerajaan Negeri (Defenden) dengan pihak Timbermine (Plaintif).

6. Di dalam mesyuarat tersebut pihak Kerajaan Negeri telah mencadangkan penubuhan suatu syarikat usahasama untuk mengusahakan perusahan perkayuan di kawasan “concession” yang dahulunya dipegang oleh Syarikat Timbermine. Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk mengadakan usahasama dengan Syarikat Timbermine berdasarkan pemilikan saham 70% oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan 30% Syarikat Timbermine.

7. Datuk Kang Kock Seng wakil Syarikat Timbermine menyatakan:

a. Bersetuju dengan penubuhan syarikat usahasama dengan pegangan saham tersebut.

b. Bahawa hak “concession” yang dipegang oleh Timbermine hendaklah terus dianggap sebagai hak Timbermine dan

c. Nilai “concession” dan harta-harta syarikat Timbermine hendaklah diberi nilai yang berpatutan bila diambil alih oleh syarikat usahasama.

8. Kerajaan Negeri sukar untuk bersetuju untuk anggap “concession” yang telah diberikan sebagai harta Timbermine kerana ianya diberikan dengan percuma dan hasil hutan adalah harta negeri. Walau bagaimanapun pertimbangan sewajarnya akan diberikan atas nilai harta syarikat Timbermine. Minit mesyuarat yang diadakan ini telah diesksibitkan sebagai eksibit P12.

9. Rundingan lanjut juga telah diadakan diantara Timbermine dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas mengenai Syarikat Kemajuan Timbermine dengan wakil-wakil syarikat Timbermine pada 22.9.1976 dan hasil rundingan telah dimaklumkan kepada YAB Menteri Besar Kelantan melalui satu surat rahsia bertarikh 28.9.1976.

10. Surat tersebut menyebut bahawa pihak Timbermine bersetuju dengan bayaran “goodwill” sejumlah RM3.5 juta (wang ini sudah diterima oleh pihak Plaintif). Bayaran adalah kerana ingin memupuk pertalian yang baik dengan syarikat Timbermine dan tidak bersangkut paut dengan tindakan pembatalan perjanjian dan dibuat “without prejudice” kepada tindakan yang telah pun dibuat oleh Kerajaan Negeri. Surat itu juga menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri boleh mengadakan rundingan atas cadangan untuk wujudkan syarikat usahasama bagi menjalankan rancangan perkayuan. Timbermine tidak akan membuat sebarang tuntutan atas kerajaan negeri hasil dari pembatalan perjanjian konsesi. Kilang papan kepunyaan syarikat di Gua Musang dan semua harta syarikat di luar kawasan “concession” akan terus menjadi milik syarikat. Surat ini telah dieksibitkan sebagai aksibit P19.

11. Lanjutan daripada surat di atas, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu telah menulis surat kepada Syarikat Timbermine bertarikh 28.11.1976. Surat tersebut telah merujuk kepada surat eksibit P19 dan menyatakan persetujuan Kerajaan Negeri atas terma yang terkandung di perenggan 3, 4 dan 5 eksibit P19. Surat dari Menteri Besar Kelantan itu telah dieksibitkan sebagai aksibit P20.

12. Seterusnya pihak Saksi Plaintif yang pertama SP1 telah memberikan keterangan bahawa selepas daripada kedua-dua pihak bersetuju atas terma, maka bayaran sebanyak RM3 juta telah dibayar oleh Kerajaan Negeri sebagaimana terma penyelesaian di perenggan 3 eksibit P19 kepada Plaintif.

13. Walau bagaimana pun penyelesaian ini tidak kesampaian (frustrated) dan hanya terma bayaran “goodwill” RM3.5 juta sahaja yang telah dipenuhi oleh Defenden. Syarikat usahasama yang telah dipersetujui penubuhannya telah tidak menjadi kenyataan.

Kes Plaintif

1. Kes plaintif adalah bersumber dari dua pekara utama iaitu, yang pertama, pecah kontrak perjanjian konsesi (di eksibitkan sebagai P1 dan P2) sebagaiman dan yang kedua, pecah kontrak perjanjian penyelesaian yang dibuat.

2. Plaintif mencabar penamatan perjanjian konsesi dan menegaskan bahawa penamatan tersebut adalah tidak sah berdasarkan kepada 3 pekara utama iaitu:

i. Defenden telah menamatkan perjanjian berdasarkan klausa 5(b) (i) Perjanjian Konsesi atas alasan kegagalan Plaintif untuk membalak kawasan konsesi bagi fasa pertama tanpa mengambil kira bahawa klausa 5(b) (iii) memberikan kelonggaran jika kegagalan mengusahakan kawasan konsesi tersebut adalah akibat langsung dari “civil commotion, war, enforcement agency regulation, floods and other Acts of or that great economic hardship would be suffered by the company by such compliance to perform theaforesaid obligation.” Saksi Plaintif pertama memberi keterangan bahawa kelewatan mereka dalam mengusahakan mereka adalah akibat “political dispute”, konfrontasi dengan Indonesia, perpisahan S’pore dengan Malaysia (plaintif pada masa itu adalah syarikat Singapura). Dalam masa yang sama Plaintif telah “on many occasion” telah gagal mendapatkan kebenaran Kerajaan Negeri untuk menjalankan kerja di kawasan konsesi. Saksi Plaintif yang pertama telah memberikan keterangan kawasan konsesi termasuk dalam kawasan komunis oleh yang demikian selain dari permit/lessen membalak pihak Plaintif juga memerlukan “security passes” untuk memasuki kawasan konsesi. Surat bertarikh13.2.1968 iaitu syarat permohonan perlanjutan masa dieksibitkan sebagai eksibit P3, manakala satu surat yang bertarikh 12.4.1975 yang menunjukan bahawa permohonan Plaintif untuk bekerja dalam kawasan lesen telah ditolak oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri dieksibitkan sebagai eksibit P4.

ii. Penamatan Perjanjian konsesi ini tidak boleh dibuat apabila Syarikat Plaintif telah pun membangunkan satu “intergrated timber industry”. S.6 Perjanjian Tambahan yang dieksibitkan sebagai eksibit P2 dirujuk. Satu surat dari Plaintif kepada Defenden bertarikh 30.6.1973 yang memaklumkan bahawa Defenden telah membina kilang papan, kilang “veneer, plywood and moulding” dikawasan konsesi telah dikemukakan sebagai eksibit P8. Gambar-gambar kilang sewaktu dalam fasa pembinaan dan setelah ianya siap dieksibitkan sebagai eksibit P27 A hingga R dan P28 A hingga H. Gambar-gambar mesin-mesin juga dieksibitkan sebagai eksibit P29 A hingga S. Senarai pembelian mesin-mesin dieksibitkan sebagai eksibit P9 manakala “sample” surat-surat daripada bank minta menjelaskan bayaran mesin-mesin dieksibitkan sebagai eksibit P30(a) dan (b).

iii. Tiada sebarang notis diberikan tentang penamatan tersebut sebagaimana klausa 11(A) Perjanjian eksibit P1.

3. Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas pihak Plaintif juga bahawa Defenden telah pecah kontrak penyelasaian. Saksi Pertama Plaintif dalam keterangannya menyatakan bahawa setelah persetujuan penyelasaian dicapai sebagaimana minit mesyuarat pada 17.6.1975 yang telah dieksibitkan sebagai P12, Plaintif telah menerima satu surat daripada Jabatan Perdana Menteri yang meminta Plaintif mengemukakan kertas cadangan tentang syarikat usahasama. Plaintif telah mengemukakan cadangan berkenaan penubuhan syarikat usahasama itu yang telah dieksibitkan sebagai eksibit P16.

4. Saksi pertama Plaintif selanjutnya memberi keterangan bahawa beberapa sesi perbincangan telah di adakan di antara pihak-pihak yang membuatkan Plaintif percaya bahawa penubuhan syarikat usahasama itu akan menjadi kenyataan. Satu mesyuarat telah diadakan di antara pihak Plaintif dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 22.9.1976. Dalam mesyuarat tersebut syarat penyelesaian dan penubuhan syarikat usahasama sebagaimana yang dicadangkan dalam mesyuarat seperti minit dieksibit P12 telah dipersetujui. Pekara yang dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat tersebut telah dimasukkan dalam satu surat peguam Plaintif pada ketika itu kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah bertarikh 22.9.1976. Surat ini dieksibitkan sebagaimana eksibit P18. Susulan daripada itu YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah menulis satu surat kepada YAB Menteri Besar Kelantan pada ketika itu sebagaimana eksibit P19 memaklumkan terma dan syarat penyelesaian. Surat rahsia ini telah dijawab oleh YAB Menteri Besar Kelantan yang menyatakan persetujuan terma dan syarat penyelesaian sebagaimana dalam surat beliau kepada Plaintif bertarikh 28.11.1976 yang telah dieksibitkan sebagai P20.

5. Saksi pertama Plaintif selanjutnya menyatakan bahawa Plaintif telah menerima satu surat bertarikh 28.7.1977 daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada masa itu yang mengesahkan penyelesaian yang dibuat di antara kedua-dua pihak.

6. Selanjutnya Saksi Pertama Plaintif memberikan keterangan bahawa terdapat beberapa sesi perbincangan telah diadakan sejak 1984 hingga 1988 berkenaan penyelesaian dan pada 1989 satu mesyuarat telah diadakan dengan YAB Menteri Besar Kelantan pada ketika itu yang telah meminta pihak Plaintif memberikan maklumat berkenaan kepentingan Plaintif berkait penyelesaian. Plaintif telah mengemukakan satu surat bertarikh 14.11.1989 kepada YAB Menteri Besar yang mana telah dieksibitkan sebagai eksibit P22.

7. Saksi Pertama Plaintif seterusnya memberikan keterangan bahawa Plaintif telah menulis pula kepada Defenden berkenaan penyelesaian melalui surat peguam Plaintif kepada YAB Menteri Besar bertarikh 24.1.1995 dieksibitkan sebagai P24.

8. Saksi Pertama Plaintif juga telah merujuk kepada surat mereka bertarikh 16.2.2002 (eksibit P39) yang mana surat tersebut merujuk kepada syarat peguam mereka di P23 dan surat Setiausaha Sulit Menteri Besar dieksibit P24. Ini adalah surat “reminder” berkenaan dengan persetujuan penyelesaian sebagaimana surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah di P19 dan juga persetujuan Kerajaan Negeri atas penyelesaian tersebut. Tiada perkembangan susulan atas berkenaan surat ini.

9. Surat-surat (correspondence) di antara kedua-dua pihak berkenaan pekara yang sama dieksibitkan secara kolektif sebagai P25 (a) hingga (h) juga telah dirujuk oleh Saksi Pertama Plaintif. Keterangan beliau tertumpu kepada Eksibit 25(g) iaitu satu surat yang ditulis oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar bertarikh 13.8.2002 mencadangkan suatu mesyuarat diadakan berkaitan surat peguam Plaintif bertarikh 1.8.2002 tersebut yang telah dieksibitkan sebagai aksibit P25(e). Walau bagaimanapun mesyuarat yang dicadangkan itu tidak dibuat.

10. Plaintif kamudiannya telah membuat satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Gua Musang sebagaimana GM Rpt No. 834/2004 kerana beranggapan bahawa pihak Defenden telah memperdayakan mereka (melakukan frod) kerana kawasan yang sepatutnya menjadi kawasan syarikat usahasama yang dipersetujui itu telah diusahakan oleh pihak lain. Keterangan berkenaan kedudukan kawasan konsesi dan pihak semasa yang mengusahakan tanah di kawasan konsesi tersebut adalah melalui Saksi Kedua Plaintif.

Kes Defenden

1. Pembelaan pihak Defenden pula juga bersumber kepada 2 pekara iaitu yang pertama, menamatkan perjanjian konsesi adalah selaras dengan (s. 5(b)(i) syarat perjanjian konsesi (eksibit P1) dan kedua bahawa perjanjian penyelesaian adalah tidak mengikat (not binding) ke atas Defenden kerana tiadanya perjanjian bertulis bagi perjanjian penyelesaian ini.

2. Berdasar pembelaan di atas Defenden telah memfailkan satu Saman Dalam Kamar di bawah Aturan 18 Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 untuk mengenepikan Wirit Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif. Walau bagaimanapun permohonan ini telah ditolak oleh mahkamah. Tiada rayuan dibuat terhadap keputusan ini.

3. Fakta berkenaan perjanjian konsesi dan penamatan perjanjian itu tidak dipertikaikan. Apa yang dipertikaikan adalah isu kandungan undang-undang sama ada penamatan itu sah atau tidak. Pihak Defenden tidak memanggil saksi berkenaan pekara ini. Cabaran dibuat di mahkamah sewaktu perbicaraan selaras dengan pembelaan yang difailkan.

4. Cabaran atas interpretasi dokumen yang dikemukakan khasnya interpetasi mini mesyuarat dieksibit P12 adalah sebagaimana pembelaan yang difailkan. Pembelaan Defenden tidak menafikan bahawa suatu mesyuarat telah diadakan pada 17.6.1975 yang dipengerusikan oleh YBM Tengku Ahmad Rithauddeen. Cabaran dibuat sewaktu pemeriksaan balas Saksi Pertama Plaintif atas minit mesyuarat yang dikemukakan. Walau bagaimanapun Saksi Pertama Plaintif menyatakan bahawa beliau sendiri menghadiri mesyuarat itu bersama-sama mendiang abang beliau Dato’ Kang Kock Seng dan En. Nik Hussein bin Ali mewakili Syarikat Plaintif.

5. Minit mesyuarat ini tidak sebenarnya mengikat mana-mana pihak. Pihak Defenden telah menghujahkan bahawa jika dirujuk pula kepada surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah kepada YAB Menteri Besar Kelantan (P19) di perenggan 3, 4 dan 5 langsung tidak menyebut tentang kawasan “concession” merupakan sebahagian dari “subject matter” penyelesaian. Persetujuan kerajaan negeri berkenaan cadangan penyelesaian adalah khusus merujuk kepada surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah ini (P20) dan bukan minit kepada mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBM Tengku Ahmad Ritahuddeen yang diadakan pada 17.6.1975. Persetujuan penyelesaian ini tidak dijadikan satu perjanjian bertulis. Selanjutnya jika diteliti surat P19 dan P20 dapat dilihat bahawa penyelesaian yang dipersetujui itu (mengadakan syarikat usahasama) tidaklah melibatkan apa-apa balasan berharga (valuable consideration). RM3.5 juta yang dibayar bukanlah balasan berharga bagi maksud penyelesaian tersebut (rujuk perenggan 3, 4, dan 5 P19). Oleh yang demikian persoalan yang timbul adalah sama ada penyelesaian ini boleh diterimapakai (enforceable) di bawah undang-undang kontrak. Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 memperuntukan seperti berikut:

Section 26. Agreement without consideration, void, unless –

An agreement made without consideration is void, unless –

It is in writing and registered

(a) it is expressed in writing and registered under the law (if any) for the time being in force for the registration for the promisor, and is made on account of natural love and affection between parties standing in a near relation to each other ;

Or is a promise to compensate for something done

(b) it is a promise to compensate, wholly or in part, a person who has already voluntarily done something for the promisor or something which the promisor was legally compellable to do; or

Or is a promise to pay a debt barred by limitation law.

(c) it is a promise, made in writing and signed by the person to be charged there with, or by his agent generally or specially outhorized in that behalf, to pay wholly or in part a debt of which the creditor might have enforced payment but for the limitation of suits.

Berdasarkan peruntukan seksyen 26 Akta Kontrak 1956 di atas dan juga memandangkan bahawa persetujuan penyelesaian ini tidak dijadikan perjanjian bertulis, pihak Defenden telah menghujahkan bahawa persetujuan penyelesaian di antara Plaintif dan Defender ini adalah “void”.

6. Seterusnya hujah juga telah dibuat terhadap keterangan mengenai penubuhan syarikat usahasama di mana keterangan diberikan bahawa pegangan ekuiti syarikat itu adalah 70% bagi Kerajaan Negeri dan 30% bagi Syarikat Timbermine. Keterangan yang menyatakan bahawa jumlah RM3.5 juta itu merupakan konsiderasi pegangan ekuiti dalam syarikat usahasama adalah daripada keterangan SP1 di mana keterangan ini sama sekali bercanggah (sebagaimana dalam eksibit P39) dengan kandungan P19 dan P20. Mohon merujuk kepada seksyen 91 Akta Keterangan 1950.

Section 91. Evidence of terms of contracts, grants and other dispositions of property reduced to form of document.

When in terms of a contract or of a grant or of any other disposition of property have been reduced by or by consent of the parties to the form of a document, and in all cases in which any matter is required by law to be reduced to the form of a document, no evidence shall be given in proof of the terms of the contract, grant or other disposition of property or of the matter except the document itself, or secondary evidence of its contents in cases in which secondary evidence is admissible under the provisions here in before contained.

Exception 1 - When a public officer is required by law to be appointed in writing, and when it is shown that any particular person has acted as such officer, the writing by which he is appointed need not be proved.

Exception 2 - Wills admitted to probate in Malaysia may be by the probate.

Explanation 1 - This section applies equally to cases in which the contracts, grants or disposition of property referred to are contained in one document and to cases in which they are contained in more documents than one.

Explanation 2 - Where there are more originals than one, one eriginal only need be proved.

Explanation 3 - The statement in any document whatever of a fact, other than the facts referred to in this section, shall not preclude the admission of oral evidence as to the same fact.

ILLUSTRATIONS

(a) If a contract is contained in several letters in which it is contained must be proved.

(b) If a contract is contained in a bill of axchange, the bill of exchange must be proved.

(c) If a bill of exchange is drawn in a set of three, one only need to proved.

(d) A contracts in writing with B for the delivery of pepper upon certain terms. The contract mentions the fact that B had paid A the price of other pepper contracted for verbally on another occasion.

Oral evidence is offered that no payment was made for the other pepper. The evidence is admissible.

(e) A give B a receipt for money paid by B

Oral evidence is offered of the payment.

The avidence is admissible.

Oleh yang demikian keterangan Saksi Pertama Plaintif1 (bahawa bayaran “goodwill” adalah sebenarnya nilai ekuiti 70% Kerajaan Negeri dalam Syarikat Usahasama yang dicadang ditubuhkan) yang merujuk kepada P39 tidaklah boleh digunakan untuk mengubah atau menambah maksud yang terkandung dalam P19 dan P20. Sebagai menyokong hujah mohon untuk merujuk kes Citi Bank NA v Mohd Abdullah Ang Swee Kang & Ors (1992) 1 CLJ 296 di mana dipetik pernyataan Y.A Hakim di dalam kes tersebut;

“For the 3rd defendend it was contended that it was the intention of the parties that the guarantee had reference to only the RM1 million overdraff facility. This contention contradicts what is stated in the guarantee. It was attempted to bolster this contention by reference to certain letters. Section 91 and 92 of the Evidence Act does not permit this unless one of the provisos to s. 92 can be called to aid which was not the case here”.

7. Selain dari itu Defenden juga telah menghujahkan tentang keterangan Saksi Pertama Plaintif yang menyatakan bahawa lanjutan daripada itu pembayaran RM3.5 juta oleh pihak Defenden kepada Plaintif dibuat. Selain daripada bayaran itu sebahagian daripada premium yang telah dibayar oleh plaintif untuk kawasan “concession” telah dikembalikan (refunded). SP1 di dalam keterangannya pada 8.3.2009 jelas menyatakan pekara ini. Beliau selanjutnya menyatakan jika sekiranya kontrak ditamatkan maka tidak sepatutnya premium dibayar balik (refunded) dan oleh kerana itu penamatan kontrak sebenarnya tidak berlaku. Adalah dihujahkan bahawa apabila bayaran premium dibayar balik, maka kedua-dua pihak kembali ke status quo asal sebelum kontrak dimeterai. Oleh yang demikian, secara lojiknya plaintif tidak lagi mempunyai apa-apa hak atas baki “concession” yang belum diusahakan. Apa yang tinggal di antara plaintif dan defenden hanyalah persetujuan untuk mengadakan syarikat usahasama.

8. Selain dari mencabar keterangan berkenaan perjanjian asal dan juga persetujuan penyelesaian cabaran juga telah dibuat terhadap keterangan berkenaan jumlah gantirugi yang dituntut. Adalah tidak dinafikan bahawa kilang plaintif mengunakan pekerja-pekerja dalam menjalankan operasinya dan plaintif menuntut gantirugi atas kos yang ditanggung olehnya menggaji pekerja-pekerja tersebut sementara menunggu syarikat usahasama diwujudkan.

9. Walau bagaimanapun, keterangan plaintif berkenaan perkara ini adalah tidak memadai kerana hanya jumlah besar yang diberikan mengenai kos tersebut tanpa perinci (jumlah pekerja, tangga gaji, elaun, bonus dsb) yang perlu bagi mahkamah menilai sama ada jumlah besar itu adalah jumlah sebenar kos yang ditanggung. Tiada keterangan tentang berapa ramaikah pekerja yang berkaitan, apakan jumlah gaji yang dibayar bagi setiap pekerja, dan berapa lamakah mereka diambil bekerja. Tiada sebarang keterangan sokongan seperti slip gaji, caruman KWSP atau PERKESO dikemukakan.

10. Defenden juga telah mencabar pekara mengenai cara Saksi Pertama Plaintif membuat perkiraan kerugian “loss of earnings” sebagaimana dalam Jadual di eksibit P41. Setelah disoal balas Saksi Pertama Plaintif bersetuju bahawa Jadual yang beliau sediakan itu bukanlah berdasarkan harga kayu, tetapi berdasarkan “profit margin” yang dianggar semata-mata.

11. Cabaran juga dibuat terhadap Saksi Ketiga Plaintif yang memberikan keterangan sebagai seorang saksi pakar. Keterangan beliau disokong oleh satu laporan yang beliau sediakan sendiri. Keterangan yang diberikan adalah berkaitan nilai kayu kayan yang lazim bagi kawasan sebagaimana di kawasan konsesi.

12. Keterangan beliau sewaktu soal balas menunjukkan bahawa beliau telah memberikan harga purata bagi nilai kayu mulai dari tarikh konsesi hingga masa sekarang (1965 hingga 2009). Beliau tidak dapat berikan nilaian sebenar harga kayu sebelum dari tahun 1985 kerana kekurangan maklumat berkenaan dengannya yang boleh diperolehi. Harga purata yang diberikan pula hanyalah berdasarkan nilaian tahun 2008 sahaja. Defenden mempersoal kewajaran mengambil nilaian tahun 2008 ini bagi mewakili harga kayu dari tahun 60an sehingga tahun 2008 hanya berdasarkan nilaian harga kayu tahun 2008? Telah dihujahkan bahawa nilai purata yangdiberikan ini tidaklah mengambarkan nilai sebenar kayu di kawasan konsesi pada tahun sebelum tahun 2008 lebih-lebih lagi bagi tahun tahun 60an, 70an, 80an dan 90an.

13. Saksi Ketiga Plaintif juga memberi keterangan bahawa nilai keuntungan yang akan diperolehi dari satu kawasan konsesi berkait rapat dengan jenis kayu yang ada di kawasan konsesi. Walau bagaimanapun, keterangan beliau jelas menunjukan beliau tidak pernah pergi ke kawasan konsesi tersebut dan apa-apa keterangan beliau berkenaan jenis kayu dan peratusannya hanyalah merupakan anggapan atau anggaran beliau semata-mata berdasarkan kawasan konsesi yang lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Keterangan ini boleh dikatakan Cuma satu “educated guesswork” dan Defenden mempersoalkan kewajaran keterangan ini dijadikan panduan oleh mahkamah dalam menilai harga kayu di kawasan konsesi yang menjadi pertikaian. Telah dihujahkan bahawa keterangan ini juga adalah tidak memadai untuk mahkamah membuat nilaian harga kayu pada setiap hektar kawasan konsesi.

Jumlah Tuntutan Gantirugi

1. Plaintif menuntut gantirugi kehilangan pendapatan RM840 juta (atas dasar RM3 000 seekar x 280 000 ekar x 30% ikuiti atas dasar perjanjian penyelesaian dianggap sebagai sah) atau RM11,485 seekar x 280 000 ekar = RM3,215,800,00.00 (atas dasar 100% akibat pecah kontrak).

2. Gantirugi Khas RM13.6 juta.

3. Gaji yang dibayar kepada pekerja RM1.74 juta.

4. Faedah dan

5. Kos

Disediakan oleh
Penolong Penasihat Undang-Undang,
Negeri Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.