Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

08 January, 2010

Palestin - Pemuda PAS hantar memorandum ke kedutaan Mesir

Kuala Lumpur, 8 Jan - Dewan Pemuda PAS berjaya menghantar memorandum ke kedutaan Mesir di sini selepas solat Jumaat, tengahari tadi bagi membantah kerajaan Mesir yang menyekat pasukan bantuan Viva Palestin dari memasuki Gaza Palestin.

Penghantaran memorandum tersebut telah di mulai dengan perarakan dari bangunan Tabung Haji yang telah di sertai kira-kira 2 ribu orang yang berjalan melalui Jalan Ampang menuju ke Kedutaan Mesir yang terletak kira-kira 4 km dari situ.

Peserta perarakan tersebut yang di ketuai sendiri oleh Ustaz Nasharudin Attantawi, Ketua Pemuda PAS serta YB Salahudin Ayub, Naib presiden PAS, telah melaungkan Jahanam Israel, Jahanam Amerika dan Jahanam Hosni Mubarak di sepanjang perarakan tersebut.

Duta Mesir Ke Malaysia telah menerima memorandum tersebut bagi pihak kerajaan Mesir.

Pihak polis telah menempatkan pasukan simpanan persekutuan FRU di hadapan kedutaan tersebut dan peserta perarakan itu telah di pantau dan di kawal sendiri oleh tentera merah, Jabatan (Unit) Amal Malaysia.

Demonstrasi aman tersebut berakhir pada jam 3.30 petang tanpa gangguan dari pihak polis._Izha
















0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.