Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

21 December, 2009

Pelajar Pelbagai Kaum Terima Bantuan Persekolahan RM120,000

SHAH ALAM, 21 Dis. -Seramai 800 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) pelbagai kaum seluruh negeri menerima sumbangan berjumlah 120 ribu ringgit daripada kerajaan negeri  sempena sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Sumbangan berupa wang tunai 50 ringgit, beg sekolah, set geometri  dan kalkulator disampaikan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.
“Dengan pembantuan ini saya haraplah  kita meningkat semangat  anak-anak kita yang dapat 7A  dan juga pada masa yang sama untuk ibu bapa jugalah sebab kegembiraan ini bukan sahaja anak-anak ,ibu bapa juga berkorban banyakuntuk anak dia dapat 7A.” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan berkenaan di Dewan Raja Muda Musa,Kompleks Belia Seksyen 7,  di sini  pagi tadi.
Dr Xavier berharap melalui keprihatinan kerajaan negeri sebegini akan dapat menggalakkan pelajar untuk kembali ke sekolah selain membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan  rendah.
“Ini untuk support dan bagi bantuanlah kepada keluarga-keluarga yang perlu sebab pelajar ini akan masuk tingkatan satu.Bila masuk tingkatan satu memang perbelanjaan mereka lebih tinggi dari sekolah-sekolah biasa,”katanya.
Program ini membabitkan 265 pelajar sekolah kebangsaan, 270 pelajar sekolah tamil dan 265  pelajar sekolah Cina yang menerima bantuan berjumlah RM150 seorang.
Hadir sama ialah Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.