ALOR SETAR, 21 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan RM250,000 untuk pengendalian Kem Bina Sahsiah (KBS) bagi golongan remaja di negeri ini.
Katanya sebanyak 290 peserta telah mengikuti kursus selama 21 hari yang bermula pada 1 Dis lepas.
"Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM870 bagi setiap seorang peserta kursus dan ia bukan satu kerugian membelanjakan wang untuk program seperti ini kerana ia memberi impak yang baik untuk melahirkan insan yang berguna," katanya semasa menyampaikan ucapan penutup KBS di Kolej Universiti Insaniah di sini Isnin.
Azizan berkata, kerajaan negeri memandang serius masalah sahsiah remaja sekarang dan penganjuran kem pada musim cuti itu adalah sebagai langkah membendung gejala sosial di kalangan remaja.
"Saya harap KBS terus mendapat sambutan dan dirancang dengan lebih baik lagi dari semasa ke semasa bagi menyemai keperibadian yang mulia agar anak-anak di negeri ini berjaya mengharungi perjuangan hidup mereka," tambahnya.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment