Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

31 December, 2009

Kerajaan Negeri Peruntuk RM4.6 Juta Bangunkan Kampung

SEPANG, 30 Disember - Sebanyak RM4.6 juta telah diperuntukkan tahun hadapan bagi membantu 465 kampung melaksanakan program kemasyarakatan.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata peruntukan sebanyak RM10,000 bagi setiap kampung itu membabitkan kampung tradisional dan juga kampung baru cina seluruh Selangor.

“Mulai tahun depan semua pengerusi JKK, ada peruntukan kita beri sebanyak RM10,000 bagi setiap kampung untuk membuat program-program masyarakat,mesra rakyat di kampung masing -masing,”katanya.

Yaakob berkata demikian kepada TV Selangor selepas menutup Kursus Pemantapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Ahli Jawankuasa Petaling di Sepang, tengah hari tadi.

Menurutnya, bagi memudahkan urusan penyaluran wang tersebut, pembayaran akan dibuat secara terus melalui daerah masing-masing.

“Pembayaran hanya dibuat melalui daerah dimana JKK Kampung kena buat satu paper memohon wang tersebut,”katanya.

Hadir sama pada majlis pentup kursus itu,Ketua Penolong Pegawai Daerah(Pembanguan) Daerah Petaling,Yahaya Hasan.

Kursus tiga hari dua malam anjuran Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling bertujuan memberi penerangan berhubung peranan dan tugas ahli –ahli JKKK dalam pentadbiran kampung.

Yaakob berkata kursus seperti ini penting kerana pemimpin peringkat masyarakat juga berperanan menyalurkan agenda pembangunan kerajaan negeri.

“Kita memberi pendedahan kepada AJK supaya dia lebih faham dasar-dasar kerajaan negeri. Mendapat sambutan yang baik dan lepas ini dia kena sampaikan dasar kerajaan kepada penduduk di kawasan masing-masing,”katanya.

Pada majlis hari ini seramai 54 peserta daripada 26 kampung daerah petaling menyertai kursus asas ini yang bermula pada 28 Disember lalu.

Manakala sebahagian lagi ahli jawatankuasa daerah itu akan menjalani kursus yang sama pada Mac tahun depan di salah sebuah hotel di Genting Highlands Pahang.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.