Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

08 July, 2010

Ahli Parlimen KEADILAN Desak Polis Siasat Exco Pahang Dirompak Wang Tunai RM300,000 - Suara Keadilan

Oleh Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR 8 Julai - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mempersoalkan aset tunai berjumlah RM300,000 yang dimiliki seorang Exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat yang dirompak beberapa hari lalu di rumahnya.

PAS, PKR, kariah tidak terlibat demonstrasi esok - Harakahdaily

Mohd Sabri Said  

JELUTONG, 8 Julai: PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta kariah Masjid Jamek Jelutong tidak terlibat dalam penganjuran demonstrasi aman yang dijangka diadakan di hadapan masjid berkenaan selepas solat Jumaat esok, 9 Julai.

Kes Altantuya: Razak jadi kambing hitam, kata Bala - The Malaysian Insider

Oleh Shannon Teoh
LONDON, 7 Julai – Detektif persendirian P. Balasubramaniam yang kini berada di sini, hari ini melontarkan kejutan dengan menegaskan, bekas pelanggannya Abdul Razak Baginda tidak terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, kes yang menggemparkan banyak pihak empat tahun lalu.

07 July, 2010

KDN juga perlu faham peranan Harakah - Harakahdaily

Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya menafikan beliau pernah menyatakan bahawa Harakah akan mematuhi apa sahaja perkara yang terkandung dalam akta penerbitan seperti dilapor laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

06 July, 2010

Azmin tidak ghairah jadi MB - Harakahdaily

Mohd Rashidi Hasan
NAIB Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu bahawa beliau 'budak jahat' yang mahukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Malaysia jual gula bersubsidi pada Singapura? - Harakahdaily

Dzulfikar & Nazri  

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini, kata Datuk Mahfuz Omar.

05 July, 2010

PAS parti 'ajaran sesat', laporan polis dibuat - Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri
Jul 5, 2010

PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.

02 July, 2010

Pemuda MCA selar PERKASA: Ektremis celaka ini patut ditahan ISA! - MerdekaReview

"Jikalau PERKASA mahu Wee Ka Siong dipenjarakan kerana kenyataan Pemuda MCA yang membela keadilan, maka ekstremis yang celaka ini lebih patut dipenjarakan di bawah ISA," kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng.

Kementerian Cadang Wujud TKPM Di Kampung Bukit Kemandol - Bernama

BANTING, 1 Julai (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang membangunkan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasan seluas 320 hektar di Kampung Bukit Kemandol di sini.

Artikel Menghasut: Khairy Minta Suara Perkasa Disiasat - Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Khamis meminta Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa berhubung penyiaran berita muka depan akhbar itu yang mahu Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pensyarah: Saya dijemput temu PM, tapi tak sertai Umno - The Malaysian Insider


SHAH ALAM, 2 Julai — Seorang ulama muda, Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, yang mendakwa dirinya “diperdaya” agar memasuki Umno minggu lalu menegaskan, dia tidak pernah mengisi borang menyertai parti tersebut sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

01 July, 2010

Zaid: Jumpa Raja Petra tak salah



Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membidas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester pada tahun lalu dan menjadikannya isu di Dewan Rakyat hari ini.

29 June, 2010

Tiada ahli parlimen PKR cuba guling Khalid - Harakahdaily

Hazayani ZakariaKUALA LUMPUR, 28 Jun: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa terdapat beberapa ahli parlimen parti itu cuba menggulingkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.

Bertasbih tapi menghalalkan yang haram

Nik Abdul Aziz Nik Mat 
Di antara perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik.

GMJ: Dakwaan Vincent Tan bagaikan meludah ke langit - The Malaysian Insider


KUALA LUMPUR, 29 Jun — Tan Sri Vincent Tan yang dikatakan mendakwa usaha mereka mendapatkan semula lesen aktiviti pertaruahn sukan gagal, antara lain kerana protes Pakatan Rakyat, diminta tidak menyalahkan pihak lain sebaliknya mencari sumber bisnes alternatif dengan mengambil kira persekitaran sosioekonomi semasa.

28 June, 2010

Lesen perjudian sukan: Kuasa rakyat ubah keputusan kerajaan

Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menarik balik hasrat memberikan lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak malam semalam. 

Kesah Ali Baba dengan 40 Penyamun?

Kemelut PKR Selangor: Perebutan kuasa sesuatu yang lumrah, Josh Hong

Chen Shaua Fui

 Menjelang pemilihan parti PKR pada akhir tahun ini, Naib Presiden Azmin Ali mula mengatur langkah serangannya terhadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. 

Kerajaan Umno-BN Lepas Tangan, Hutan Simpan Diceroboh - TVSelangor


Sebanyak 80 rumah yang tidak memiliki hak milik sementara dikesan  menceroboh hutan simpan Kapar sejak lebih 20 tahun lalu.

Premis judi: Tindakan Pulau Pinang betul - Harakahdaily

Mohd Sabri Said  
GEORGETOWN, 27 Jun: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan lesen judi bola membuktikan apa yang diputuskan oleh Pulau Pinang betul apabila mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluarkan lesen premis judi itu.
 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.