Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

02 July, 2010

Kementerian Cadang Wujud TKPM Di Kampung Bukit Kemandol - Bernama

BANTING, 1 Julai (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang membangunkan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasan seluas 320 hektar di Kampung Bukit Kemandol di sini.

Menterinya Datuk Seri Noh Omar berkata lebih 28 petani dalam projek itu akan menanam pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan bagi memenuhi pasaran tempatan dan luar negara.

"Projek TKPM akan menjamin pendapatan lebih lumayan kepada golongan petani setempat dan pada masa sama kawasan itu menjadi pusat pengeluaran makanan terkemuka," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan tanaman sayuran dan buah-buahan Kampung Bukit Kemandol di sini Khamis.

Katanya pihaknya akan berbincang dengan pemilik tanah berkenaan, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), dalam usaha mewartakan tempat itu sebagai kawasan pertanian.

Beliau juga berkata tanaman kelapa sawit di kawasan seluas kira-kira 240 hektar di kampung itu tidak mendatangkan hasil yang memuaskan kepada petani dan akan digantikan dengan tanaman sayuran dan buah-buahan.



-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.