Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

08 July, 2010

Kes Altantuya: Razak jadi kambing hitam, kata Bala - The Malaysian Insider

Oleh Shannon Teoh

LONDON, 7 Julai – Detektif persendirian P. Balasubramaniam yang kini berada di sini, hari ini melontarkan kejutan dengan menegaskan, bekas pelanggannya Abdul Razak Baginda tidak terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, kes yang menggemparkan banyak pihak empat tahun lalu.
Meskipun Abdul Razak, antara lingkungan yang rapat dengan Datuk Seri Najib Razak sehingga 2006, telah dibebaskan oleh mahkamah dua tahun lalu, tetapi ramai yang masih berpandangan sebaliknya.
“Setahu lagi, Razak merupakan kambing hitam. Dia tiada sebarang kaitan dengan pembunuhan itu,” kata Balasubramaniam (gambar) di sini hari ini.
Balasubramaniam yang tinggal di India sejak mengeluarkan dua akaun bersumpah berhubung pembunuhan itu berkata tiada sebab bagi Abdul Razak mendapatkan khidmatnya pada 19 Okt 2006 sehingga 26 Okt 2006 jika mengetahui bahawa Altantuya akan dibunuh pada malam itu.
“Ya, dia membiayai dia (Altantuya) dan dia mempunyai hubungan dengan dia, tetapi setahu saya, dia tidak bersalah. Sebenarnya perakuan saya telah menyelamatkan dia,” kata beliau.
Balasubramaniam mengeluarkan dua akaun bersumpah awal Julai 2008.
Pada 5 Julai 2008, Najib telah menafikan sebarang pembabitan berhubung tindakan penyiasat persendirian itu menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan beliau dengan Altantuya.
Dalam akuan bersumpah yang diumumkan, Balasubramaniam mendakwa dia diberitahu bahawa Najib mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan turut memperkenalkan wanita itu kepada Abdul Razak, yang merupakan penganalisis politik.
Bagaimanapun, dalam akuan bersumpah kedua yang dibuatnya semalam, penyiasat persendirian itu berkata akuan bersumpahnya sebelum ini tidak tepat dan benar.
Pada sidang media hari ini, Balasubramaniam dan peguam-peguamnya melahirkan kekecewaan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membatalkan rancangan untuk menemui detektif persendirian itu memandangkan mereka berhasrat sangat untuk mendedahkan konspirasi berangkai yang kelihatan memfokus terhadap Najib.
“Apa yang kami hasratkan ialah, jika SPRM datang, merupakan peluang untuk Bala mengetengahkan siri kejadian yang wujud dalam lingkungan konspirasi di peringkat paling tinggi untuk menjauhkan sebarang rujukan terhadap Najib,” kata peguamnya Manjeet Singh Dhillon.
“Mengapa mereka melepaskan peluang emas ini? Kerana ia bahaya kepada mereka yang memegang kuasa,” kata seorang lagi peguam Americk Sidhu.
Kedua-dua peguam itu menekankan bahawa mereka tidak pernah mengatakan yang Balasubramaniam tidak akan hadir di mahkamah, melainkan individu yang betul dibicarakan.
Oleh itu alasan yang diberikan oleh SPRM atas nasihat Peguam Negara bahawa keterangan di luar negara tidak sah merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.
“Tiada dalam teori atau amalan, anda membuat keputusan terlebih awal. Anda menghimpunkan kesemua maklumat dan menyiasat dan kemudian memutuskan saksi,” kata Manjeet.
Balasubramaniam juga mengesahkan, beliau akan memberi keterangan di Paris Isnin ini kepada pihak berkuasa Perancis yang menyiasat kemungkinan amalan bercanggah dengan perundangan dalam soal membayar komisen dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Altantuya dipercayai terlibat dalam urusan ini sebagai penterjemah yang mana dia menuntut bayaran AS$500,000 bagi khidmatnya.
Balasubramaniam menambah, walaupun dia dibayar RM750,000 oleh Deepak Jaikrishnan, seorang pengedar permaidani yang mempunyai hubungan dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor, dia masih mampu hidup di India dengan dana dimiliknya.
“Saya dari selatan India. Bapa saya tinggalkan saya dan dua anak perempuannya dengan hartanah selepas dia meninggal dunia. Saya menyara diri saya,” kata Balasubramaniam dengan menafikan dakwaan bahawa dia dibiayai oleh pemimpin-pemimpin pakatan Rakyat.
Abdul Razak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.
Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi 18 Okt dan 9.45 malam 19 Okt tahun 2006.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.