Oleh DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Polis telah berjaya menangkap suspek yang di kata mengebom dan membakar Gereja Metro Tabernacle AG, Desa Melawati.
Suspek di tangkap selepas dia datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan. Suspek tersebut di katakan mendakwa muka kiri, tangan dan dadanya terkena api ketika membakar sampah. Tindakkannya menimbulkan kecurigaan pihak hospital dan pihak hospital terus menghubungi Polis. Maka berlakulah penangkapan suspek pertama yang membawa kepada penahanan tujuh suspek yang lain.
Isunya ialah sebelum ini Polis telah menyatakan sudah pun mengenali pasti lakaran wajah mereka yang di katakan terlibat dalam pengeboman dan pembakaran gereja. Tapi malangnya Polis tidak berjaya menahan lelaki yang di kenal pasti lakaran wajah tersebut. Tapi sebalik penahanan hanya di buat bila suspek yang pertama datang ke HKL untuk mendapatkan rawatan dan pihak hospital curiga dan terus melapurkan kepada Polis.
Persoalannya kalau suspek tidak cedera dan tidak pergi ke HKL, mungkin hingga kini belum ada penahanan ke atas orang yang di kata terlibat. Jadi yang cekapnya pihak HKL kerana bila pihak hospital tengok suspek agak mecurigakan dan teris menelefon Polis. Baru Polis datang tahan suspek. Saya ucap tahniah pada HKL kerana kecekapan dan kepekaan mereka lah yang membawa pada penahanan suspek.
Tetapi penahanan tersebut hanya baru peringkat suspek. Soalan saya ada kah suspek yang ditahan Polis menyerupai lakaran wajah yang di kenal pasti Polis sebelum ini. Kalau tak sama dengan lakaran wajah yang di lakarkan oleh Polis maknanya Polis gagal mengesan dan membendung kejadian pengeboman dan pembakaran gereja dan kini berlarutan kepada pembakaran dan pencerobohan surau.
Adakah dengan tahap kecekapan pihak Polis yang di ketuai oleh Tan Sri Musa Hassan dan juga menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Polis mampu mengawal keadaan ini. Apakah jaminan mereka pada rakyat akan tahap keselamatan kehidupan dan harta benda rakyat. Apa yang berlaku, rakyat hidup dalam kebimbangan, keresahan dan kerunsingan tentang keselamatan yang memalukan.
DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.
0 comments:
Post a Comment