Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

24 January, 2010

Media Bohong - Khalid Samad

Kampung Lombong, Shah Alam 24 Jan – Laporan media bahawa Sultan Selangor telah murka dan memanggil YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam mengadap adalah satu laporan bohong. Ini di nyatakan sendiri oleh YB Khalid Samad di dalam ceramahnya di sini malam tadi.

Beliau menjelaskan bahawa pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam pada 22 Januari itu di antara beliau dengan Baginda Sultan Selangor dan beberapa pegawai peribadi baginda merupakan pertemuan yang beliau sendiri telah pohon selepas di pilih sebagai ahli parlimen Shah Alam. (Sila lihat di bawah, surat perkenan Sultan menerima kunjungan YB Khalid Samad sebagai bukti).

Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam di mana terletaknya ibu negeri Selangor, beliau ingin mendengar sendiri bagaimana wawasan baginda Sultan tentang Bandaraya Shah Alam yang baginda impikan.
Di dalam pertemuan tersebut, selain menyatakan tentang impian baginda tentang Shah Alam, aspek lain yang di sentuh ialah tentang isu kalimah ALLAH dan kebertanggungjawaban  baginda di dalam memelihara Islam sebagai tanggungjawab seorang sultan.
Beliau menyatakan bahawa pertemuan tersebut telah berjalan dengan harmoni.
Menyentuh tentang isu kalimah ALLAH, beliau sebagai ahli Parlimen Shah Alam merasa hairan kenapa lapuran polis di buat oleh NGO-NGO yang di dalangi oleh UMNO keatas beliau sedangkan ramai lagi yang sependapat dengan beliau seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, DS Anwar Ibrahim dan juga ulama terkenal Dr Yusuf Qardawi.
Bagi beliau, jawapannya kerana UMNO sedaya upaya hendak mengambil Shah Alam semula kerana UMNO percaya jika dapat merampas Shah Alam dari PR mereka mudah untuk merampas Selangor.
Beliau menyeru ahli dan penyokong PR supaya jangan terpedaya dengan isu-isu yang di mainkan dalam soal nama ALLAH. Pihak-pihak tertentu cuba melaga-lagakan di antara komponen PR dengan membuat demonstrasi. Apabila tidak berjaya, gereja pula di bakar dan akhirnya UMNO terpaksa membuat kenyataan bahawa UMNO tidak terlibat.
Menurut beliau, isu nama ALLAH sebenarnya menjadikan UMNO di  lihat sebagai parti yang bersalah seperti yang telah di sebut oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri bahawa UMNO telah hilang “middle ground” kerana sekarang ini rakyat memandang UMNO sebagai parti yang ekstreme manakala PAS adalah parti yang moderate. _Izha


0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.