Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

19 January, 2010

Rakyat diminta berjimat sedangkan kerajaan membazir


Harakahdaily.   
KUALA LUMPUR, 19 Jan: PAS kesal dengan dasar kerajaan menaikkan 20 sen harga gula untuk penjimatan RM1.3 bilion subsidi negara sedangkan pada masa sama membazirkan RM 1 bilion untuk sukan Formula 1 yang manfaatnya bukan langsung kepada rakyat.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad memberitahu BN dilihat cuba melepaskan beban ekonomi kepada rakyat sekaligus membuktikan kerajaan sebenarnya sudah kehabisan wang kesan dari pelbagai pembaziran yang dilakukan.

"Walaupun kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam bajet tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi juga jelasnya memang tidak digemari rakyat, apatah lagi jika dalam keadaan sekarang kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain.

Beliau tidak menolak kemungkinan barangan keperluan lain seperti tepung, beras dan minyak masak juga akan berlaku kenaikan.

"PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan lebih berintegriti dalam mengurus bajet negara agar tidak membebankan rakyat.

"Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.