Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak pelik Umno seolah-olah menjadi juara dalam isu kalimah Allah yang diputus oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1 Januari lalu boleh diguna oleh agama kristian.
Ini katanya Umno sebuah parti yang bersifat pragmatisme iaitu mengikut arus semasa. Sedangkan bidasnya, dasar perjuangan Umno bukan berlandaskan Islam.
Tambahan pula sebelum sikap Umno terhadap isu-isu yang berkaitan agama tidak dihiraukan mereka. Bahkan pelaksanaan hukum hudud yang hendak dilaksanakan PAS ditolak mereka.
Kerana itu katanya semasa ditemubual Wartawan ROY RASUL pada Isnin lepas beliau menganggap sebenarnya Umno masih kekal dengan dasar lamanya iaitu sebuah parti pragmatisme.
WARTAWAN: Secara umumnya Umno tidak pun mendaulatkan Islam dalam perjuangannya seperti mana parti PAS.Namun dalam isu kalimah Allah ramai yang melihat Umno bersungguh-sungguh pertahan isu yang hangat diperkatakan sekarang.Walhal selama ini mereka menolak pelaksanaan hukum-hukum Islam yang cuba dilaksanakan PAS contohnya hukum hudud.
Pada pendapatan Dato' mengapa Umno cuba menjadi hero dalam isu ini.
DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Umno ini sebuah parti pragmatif. Sifat pragmatisme itu bermakna ia akan mengikut arus atau mengikut mood rakyat.
Bukan bertolak pada dasar apa yang diperjuangkan. Maka tidak pelik Umno seolah-olah mereka menjadi juara apabila timbul sesuatu isu yang rakyat bantah maka mereka pun membantah.
Jadi bukanlah kerana dasar mereka. Kalau kita lihat sebelum ini hatta isu-isu yang melibatkan agama, isu murtad dan sebagaiya Umno tidak bersungguh berbanding dengan isu ini.
Oleh kerana itu, saya fikir apa yang berlaku sekarang ini membuktikan Umno masih kekal dengan dasar lama iaitu sebuah parti pragmatisme.
Dato', sebelum ini kita tengok pimpinan Umno mencerca dan menghina hukum-hukum Islam. Contohnya dalam isu hudud mereka menentang sekeras-kerasnya.
Sebaliknya dalam isu-isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, maksiat, hiburan melampau dan sebagainya partinya tidak pula berani berdemontrasi. Adakah Umno takut masyarakat tidak akan berminat dengan partinya lagi?
Sekarang ini isu yang berlaku dalam negara ini yang menggambarkan kelemahan kepimpinan Umno banyak sangat.
Antaranya yang besarnya isu kehilangan injin jet milik Angkatan Tentara Malaysia (ATM). Begitu juga isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rakyat masih tertunggu-tunggu siapa lagi yang akan ditahan. Mana jerung-jerung besar dan mengapa tidak ditangkap.
Jadi untuk menutup isu ini sentiviti rakyat mengenai agama mereka berarak di jalanan.
Jadi saya fikir apa yang mereka buat dan war-warkan di sana-sini mengenai isu kalimah Allah hanya mencari sokongan.
Sedangkan sebelum ini dia yang menentang hudud. Kerana itu bagi apa yang dibuatkan mereka itu hanya semata-mata untuk menutup isu-isu besar yang sedang melanda rakyat di negara ini.
Kemudian kita harus ingat pada bulan ini juga Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ke muka keadilan dalam kes liwatnya.
Tidak mustahil isu ini dibuat awal supaya rakyat mengalih perhatian kepada isu-isu tersebut.
Saya kira taktik biasa bagi mereka untuk menutup kelemahan-kelemahan pimpinan yang ada.
Semalam (3 Disember 2009) Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat berkata beliau tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah oleh agama lain kerana katanya boleh mengeliru umat Islam di negara ini.Bagaimana pula dengan pendirian Dato' sendiri behubung isu tersebut?
Saya pun berpendapat demikian sebab isunya bukan soal isu perbincangan ilmiah boleh atau tidak boleh di segu nas, al-Quran, hadis dan sebagainya.
Kita tidak menafikan di segi itu. Tetapi maslahah yang berlaku untuk mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat mengenai penyalahgunaan kalimah Allah di tempat-tempat yang tidak sesuai dengan penggunaannya.
Kemudian ia akan melahirkan gambaran Allah itu ada anak dan sebagainya dalam konteks kristian.
Sedangkan Allah difahami oleh umat Islam 'Lam Yalid Walam Yu Lad' maksudnya tidak ada anak dan tidak diperanakkan.
Jadi itu akan mengelirukan umat Islam bukan masyarakat. Sebab bagi kita Allah ini Dia Tuhan yang kita tidak boleh syirik dengan-Nya.
Maknanya kita tidak boleh gambarkan Dia ada anak diperanakkan, ada bentuk dan sebagainya.
Kerana itu secara peribadi memang saya tidak setuju kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyrakat.
Sebelum ini kes Lina Joy yang murtad kita tengok hanya PAS dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menjuarai isu ini sedangkan Umno membisu. Apa komen Dato'?
Sebab itu saya katakan Umno ini telah ditolak oleh sebahagian besar rakyat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 12 dan Pilihan Raya Kecil yang lain.
Memonton rakyat untuk membuat perubahan sangat kuat. Lantas mereka cuba mencari kesempatan apa elemen untuk rakyat menyokong mereka semula.
Sebagai Contoh saya tengok apabila mereka berhimpun membuat demonstrasi membantah tentang isu ini.
sedangkan kita tahu isu ini merupakan isu yang sensitif dan perlu diguna mengikut saluran tertentu. Sama ada melalui Majlis Raja-raja atau menyerahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Bukan menimbulkan polemik untuk mengambil kesempatan menarik sokongan.
Lagi pun Umno sebelum ini kita tengok dalam isu-isu seperti kes Lina Joy dan sebagainya mereka tidak peduli.
Dalam PAS kita konsisten. Isu akidah kita tidak boleh kompromi. Kita bimbang sebab apabila akidah sudah rosak yang lain akan turut rosak.
Dengan itu PAS pertahankannya. Saya hendak pertegas di sini bukan soal kita tidak memberi hak kepada agama-agama yang ada di Malaysia.
Jadi yang kita timbul di sini hanya bagaimana kita pertahan hak Islam. Buka kita campurtangan dalam agama lain.
Sebab kalimah Allah itu ialah hak yang mempunyai hak akidah dalam agama Islam. Itu yang kita pertahankan.
Dan kita pun bimbang, takut nanti masyarakat Islam ini yang baru menganut atau berjinak-jinak dengan agama Islam akan menganggap sama saja dalam agama lain semuanya ada Allah.
Mereka juga boleh menganut mana-mana agama. Ini bahaya dalam konteks Islam.
Mengapa dalam isu kalimah Allah ini kita lihat media dan pimpinan Umno memfokos atau nampak kepada PAS dan pimpinan PAS sendiri kononnya PAS tidak membela isu ini. Apa pendapat Dato'?
Umno dilihat cuba mengambil kesempatan sebab itu mereka menggambarkan PAS tidak membela.
Sebenarnya kita sudah jelas dalam kenyataan-kenyataan yang pernah keluar antaranya daripada Ketua Dewan Ulama, Dato' Haron Taib, Ahad lalu kenyataan daripada Mursyidul Am, Dato' Nik Aziz Nik Mat yang saya fikir senada dengan suasana yang PAS menentang itu kerana takut timbul kekeliruan.
PAS dalam arus yang ada hari ini dan mood yang ada hari ini maka kita tengok masyarakat mula melihat isu ini sebagai isu yang besar dan kita juga melihat isu boleh mendorong ke arah kekeliruan.
Sebab itu dalam kaedah Islam yang disebut atau dipanggil Sadduz Zarraie
Sadduz Zarraie ini makanya kita mencegah sesuatu sebelum isu itu berlaku.
Kemudian kalau kita lihat dalam sirah Islam pernah berlaku peperangan antara Saidina Ali dengan Muawiyah.
Tat kala hampir kalah tentera Muawiyah dia menjulang al-Quran dan menjunjung tombak, meminta perdamaian,
Bagaimanapun Saidina Ali menjawab ketika itu, benda yang baik tetapi tujuannya tidak baik.
Maknanya benda itu benda baik di mana menjunjung al-Quran itu sememangnya baik, Perdamaian berbalik kepada al-Quran tetapi tujuan menjunjung al-Quran itu supaya mereka tidak kalah dalam peperangan,
Begitu juga dalam isu ini biarpun kalimah Allah itu dijulang atau diguna tetapi tujuannya untuk apa?
Tujuan itu yang menimbul kekeliruan.
Apa kaedah yang paling sesuai untuk menyelesaikan isu ini?
Saya ingat saluran kita yang ada ialah pertama kita mendesak supaya rayuan kepada Mahkamah Rayuan itu segera dibuat agar ia tidak menjadi polemik yang besar.
Kedua, PAS menyeru kepada semua masyarakat supaya isu ini perlu diteliti secara mendalam.
Jangan timbulkan polemik dengan mengapi-apikan pertembungan agama dan sebagainya.
Ketiga, sekiranya keadaan memerlukan Majlis Raja-raja perlu campurtangan sebab isu ini melibatkan bidang kuasa Raja-raja Melayu kemudian Yang Di-Pertuan Agong sendiri.
0 comments:
Post a Comment