Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

17 January, 2010

GST bermakna Go Strangle Them - Dr Zulkifli Ahmad

Taman Sri Muda, 17 Jan - Dr Zulkifli Ahmad, ahli parlimen Kuala Selangor, menyifatkan GST sebagai Go Stangle Them atau pergi cekik mereka (rakyat).

Di dalam ceramah bertempat di dewan org ramai zon B Tmn Sri Muda semalam, Dr. Zulkifli mengulas bahawa kerajaan di bawah BN sedang menghadapi krisis ekonomi yang meruncing sehingga mengambil jalan terdesak untuk memperkenalkan GST bagi menambahkan pendapatan kerajaan.16012010941[1]
Beliau amat bersetuju bahawa, UMNO yang menguasai kerajaan di sifatkan di dalam keadaan yang teruk seperti yang diucapkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir, Bekas PM,  yang mengatakan bahawa UMNO busuk sehingga ususnya.
Menurut Dr Zulkifli, kebenaran kata-kata Tun Mahathir tersebut sebenarnya adalah warisan beliau sendiri dimana sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM, negara telah ketirisan RM320 billion mengikut  analisa yang dibuat oleh Morgan Stanley yang berpengkalan di Singapura.
Beliau juga mendedahkan bahawa di dalam satu program wacana ekonomi, Menteri Kewangan 2, Dato Hosni Hanazalah menyatakan bahawa Malaysia telah 10 tahun mengalami kebekuan ekonomi atau "economic stagnant", sedangkan menurut Bank Dunia, Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara kaya apabila dikira dari segi kekayaan hasil bumi dibahagikan kepada jumlah rakyat seramai 27 juta orang, katanya lagi.
Bagi beliau, walaupun sebuah negeri yang kaya, negara telah diurus dengan pincang seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Ambrin Buang Ketua Pengarah Audit negara bahawa setiap tahun negara ketirisan RM28 bilion yang berlaku disebabkan rasuah dan salahguna.
Tambah Dr Zulkifli lagi, dulu Malaysia sebaris dengan Korea, Jepun, Singapura atau Taiwan tetapi sekarang gagal bersaing dengan Vietnam didalam menarik FDI atau pelaburan luar. 
"Dan jika di sorot kebelakang, negara hanya menikmati lebihan belanjawan ketika Dato Sri Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan dan selepas itu, sudah 12 tahun, belanjawan negara mengalami defisit atas alasan ekonomi meleset.
Tetapi  tidak seluruh 12 tahun tersebut menghadapi kemelesetan dan ketika mewahlah kerajaan perlu menyimpan.
Hari ni kerana sudah berbelanja secara defisit selama12 tahun, kerajaan sudah tiada keupayaan untuk berhutang kerana hutangnya telah mencecah 342billion." katanya lagii.
Beliau menambah bahawa dahulu, minyak merupakan hanya 20% sumber pendapatan negara tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, ia diletakkan pada 45% yang bermakna Kerajaan terlalu bergantung kpd minyak. Dan sekarang apabila pendapatan  Petronas berkurangan 50%, kerajaan tidak menerima bayaran daripada Petronas lagi. Sebab itulah kerajaan di turun taraf dari segi keupayaan untuk membayar hutangnya. Dan pilihan yang ada ialah mencari sumber lain dengan mengenakan GST kepada rakyat yang bertepatan dengan slogan "rakyat didahulukan", .
Menurut Dr Zulkifli, 2 cara kerajaan dapat meningkatkan pendapatan ialah dengan menaikkan cukai atau mengurangkan subsidi. Sekarang, kerajaan di bawah BN membuat kedua-duanya sekali gus  yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa apabila subsidi gula dan roti di mansuhkan dan GST akan di perkenalkan.
Bagi beliau, GST amat tidak sesuai sekarang sebab ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya. _Izha

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.