Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

10 December, 2009

Skandal Hospital Shah Alam Dibawa Ke PAC

SHAH ALAM, 9 Disember - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Phua Khiam Wee akan membawa isu sekitar pembinaan Hospital Shah Alam ke perhatian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


Bercakap kepada media di ruang legar Parlimen petang tadi, Tony berkata kecurigaan-kecurigaan sekitar pembinaan projek bernilai hampir separuh billion ringgit ini akan dibincangkan dalam sesi PAC hari ini.

“Walaupun banyak sejarah mengenai projek tidak munasabah, kerajaan masih lagi tidak belajar dan hari ini terus memberikan pembinaan infrastruktur awam dan bangunan hospital melalui rundingan kepada syarikat yang tidak dikenali dan tidak berpengalaman.

Pembinaan Hospital Shah Alam mencetuskan skandal apabila portal media Malaysiakini melaporkan kos projek itu meningkat dari sebanyak 60 peratus dari kos asal.

Dari RM300 juta, pembinaan hospital 300 katil ini kini melonjak kepada RM482 juta. Perbezaan ketara dapat dilihat jika dibandingkan kepada pembinaan hospital 900 katil di Selayang yang mencecah RM600 juta.

“Apa yang menjadi tanda tanya adakah projek siap sepenuhnya pada masanya iaitu November 2010 dan apakah tambahan kos itu dijangka akan ditanggung oleh Kerajaan untuk memastikan projek berkenaan siap,” katanya di Lobi Parlimen.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.