Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

10 December, 2009

Royalti: Pertubuhan anak muda jelajah kelantan, lancar web khas

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Sebuah pertubuhan menamakan kumpulan mereka Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) akan melancarkan satu laman web rasmi berkaitan tuntutan royalti Kelantan sebagai usaha menyalurkan maklumat kepada rakyat.



Laman web yang sudah siap dibangunkan dan akan dilancar dalam beberapa minggu lagi itu akan memuatkan himpunan maklumat berkaitan fakta, kronologi dan langakah seterusnya yang akan di ambil kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan bayaran royalti yang berjumlah 1 billion.

Ianya akan beroperasi secara weblog dan boleh diakses pada alamat www.royaltikelantan.com.

Namun ianya hanya boleh diakases dalam masa terdekat sebelum pelancaran dibuat.

Wakil gerakan itu, Hasani Mohamed atau lebih dikenali sebgai bloger Truckster dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily memberitahu, kewujudan laman web khusus itu adalah bagi memudahkan seluruh rakyat negara ini memusatkan pencarian berkaitan tuntutan royalti Kelantan hanya kepada web berkenaan.

"Laman web ini akan beroperasi secara weblog, antara lainnya dibangunkan untuk menjadi pusat himpunan maklumat mengenai segala fakta, berita, roadshow, ceramah umum dan “hub” supaya segala rekod berkaitan kempen Royalti Kelantan dapat diakses secara centralize," katanya.

Menuruntnya GMRPRK juga akan mengusahakan siri jelajah seluruh kelantan bagi memberi penerangan kepada rakyat berkaitan tuntutan hak royalti.

Sebelum ini GMRPRK telah memulakan kempen mereka mengumpul suara rakyat agar bersama menyokong usaha kerajaan Kelantan menuntut royalti.

Kempen yang dimulakan Ogos lalu melalui laman sosial Facebook itu telah berjaya mengumpul ribuan ahli dari seluruh negara.

"Bermula di Facebook pada Ogos lepas kami berjaya mengumpul beberapa ribu ahli yang menyokong Kempen Royalti Kelantan," katanya lagi.

Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) merupakan pakatan generasi anak muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan royalti petroleum Kelantan yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat.

"Kami memainkan peranan sebagai ajen pemupuk kesedaran masyarakat bahawa royalti Kelantan adalah hak mutlak Rakyat negeri itu dan penafian oleh pusat adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Selain itu GMRPRK juga berperanan khusus sebagai pemasaran dan penggemblengan massa untuk rakyat kebanyakan menyatakan solidariti ke atas kempen royalti Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.