Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

19 December, 2009

Antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, mana satu yang benar ?

Oleh Drs Idham Lim

Selepas berulang kali menafikan keputusan-keputusan yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi sekali ini Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.

Sebaliknya, ia memutuskan bahawa SPRM boleh berbuat demikian bagi tujuan memerangi jenayah rasuah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam kanan persekutuan, Amarjeet Singh bagi pihak SPRM dan peguam Karpal Singh bagi pihak ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah (kiri).

Saya seperti sudah tidak boleh mempercayai setiap keputusan yang diputuskan di Mahkamah Tinggi akan dibenarkan di mahkamah Rayuan. Sebelum ini Mahkamah yang sama telah menafikan du kes besar yang melibatkan negeri Perak dan kelantan.

Pada 11 Mei mahkamah Tinggi mengatakan MB Perak yang sah adalah Nizar dan pada 22 Mei mahkamah Rayuan mengatakan Zambry adalah MB yang sah.

Begitu juga dalam kes DUN Kota Siputeh di Kedah dimana mahkamah Rayuan menafikan keputusan di Mahkamah Tinggi yang mengatakan ada kekosongan dan dinafikan oleh Mahkamah Rayuan yang telah menghalang Writ Piliharaya dikeluarkan oleh SPR dan tiada pertandingan .

Kalau beginilah sering berlaku percanggahan 360 darjah antara keputusan dua mahkamah yang penting ini, sebenarnya dimanakah lagi yang akan diharapkan oleh rakyat untuk mencari keadilan.

Tidakkah hakim yang berada di Mahkamah Rayuan itu adalah yang naik pangkat dari mahkamah Tinggi juga, namun kenapa keputusannya boleh berlainan pula?

Temasuklah dalam kesMB Perak saya rasakan sesuatu yang pelik berlaku bila dalam masa 3 minit keputusan siapakah MB Perak yang sah dibacakan dan sesudah itu menunggu tempoh yang lama untuk mendapatkan penghakiman bertulis sebagai dokumen untuk menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Apakah sebenarnya fungsi sebenarnya pelbagai mahkamah yang ada di malaysia kalau cuma keputusannya boleh berubah-ubah dan menyusahkan banyak pihak yang menantikan keadilan termasuklah keluarga Beng Hock ?

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.