Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

24 November, 2009

Isu Bukit Botak: Selangor Tetapkan 2 Tahun Untuk Selesai

Kerajaan Pakatan Rakyat berjanji akan menyelesaikan masalah puluhan tahun penduduk setinggan Bukit Botak dalam masa dua tahun terdekat ini.


Malah pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor itu juga jauh lebih mudah iaitu dengan memulangkan kuasa kepada penduduk Bukit Botak itu sendiri.

“ Oleh itu pada 12 November telah ada mesyuarat dengan Menteri Besar dan kita telah memberikan cadangan iaitu beri geran kepada penduduk kerana itu hak mereka kerana mereka telah membayar premium, dan penduduk sendiri akan melantik kontraktor dan ia telah dipersetujui oleh Menteri Besar”

Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong dalam sesi taklimat bersama penduduk setinggan Bukit Botak petang tadi berjanji, beliau dan kerajaan negeri akan segera menyelasaikan masalah penduduk berkenaan.

“ Saya dan Menteri Besar kita akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan projek ini dapat diselesaikan dan rumah dapat diberikan kepada penduduk dalam masa 24 bulan”

Wiliam berkata demi kepentingan penduduk di Bukit Botak juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan syarat, perjalanan projek berkenaan akan diawasi oleh kerajaan negeri Selangor.

“ Beliau berkata juga untuk memastikan kontraktor yang dilantik ada kemampuan dari segi teknikal dan kewangan. Kerajaan akan memantau arkitek-arkitek, consultan, untuk memastikan kontraktor yang akan penduduk lantik menyempurnakan projek ini”

Terdahulu Khalid telah mengeluarkan satu warta untuk mengambil balik tanah Bukit Botak berikutan kegagalan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ,PKNS untuk meneruskan projek berkenaan.

PKNS dilaporkan akan mengalami kerugian 136.4 juta ringgit jika mahu meneruskan projek berkenaan.

“ Oleh itu, Menteri Besar telah mengeluarkan satu warta kerajaan untuk mengambil balik tanah ini dengan membuat semula tanah ini dengan cara yang betul di mana penduduk-penduduk akan dapat rumah”

Ditanya sama kesemua penduduk akan menandatangi borang pengesahan untuk meneruskan projek penempatan semula Bukit Botak, ini reaksi Wiliam.

“ Kita boleh lihat semua penduduk di sini, oleh kerana mereka telah lama menunggu untuk mendapatkan penyelesaian, saya percaya mereka akan bersetuju dengan cadangan ini”.

http://www.tvselangor.com/news?str=%21a932f54b63607770b94c5ddf683e23%cfcd208495d565ef66e7dff9f98764da%&gc=1279

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.