Neo Chee Hua | Sep 09, 2009 08:26:53 pm
Abd. Karim bin Munisar yang menguasai Kumpulan Darul Ehsan Berhad, sayap pelaburan Selangor bagi pihak Barisan Nasional, semakin tersisih.
.jpg)
Ringkasnya, Abd Karim yang dilihat sebagai orang kepercayaan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo (gambar kanan), telah dikosongkan kuasanya. Malah, Abd.Karim dijangka akan mengalami nasib yang sama di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.
Oleh sebab Kumpulan Darul Ehsan Berhad bukan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, maka rombakan Lembaga Pengarah tidak perlu diumumkan secara terbuka. Dengan kata lain, Abd Karim akan disingkirkan dari pusat kuasa syarikat kerajaan Selangor.
Saluran pembahagian sumber
Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd merupakan "flagship company" kerajaan Selangor. Syarikat di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad dilihat sebagai saluran pembahagian sumber yang penting selama ini.
Kumpulan Darul Ehsan Berhad memegang 53.10% saham Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, sementara Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pula mengawal 52.07% saham Kumpulan Hartanah Selangor Bhd.

Kumpulan Hartanah Selangor Bhd pula mencatat keuntungan bersih RM15,065,000 untuk suku tahun kedua 2009, manakala keuntungan bersih untuk pertengahan tahun pertama 2009 ialah RM1,675,000.
Kerajaan Selangor memiliki sembilan syarikat pelaburan, iaitu KDEB, PNSB, SSIC, PIYSB, BBGC, RMSB, TSSB, MSNS dan KSSB.
Syarikat tersebut telah mencatat keuntungan sejumlah RM 56,558,710 pada tahun 2008. Menurut laporan kewangan 2008 yang belum diaudit, enam syarikat yang memperolehi keuntungan ialah KDEB(keuntungan RM27,802,000)、PNSB(keuntungan RM19,207,377), SSIC (keuntungan RM 1,058,687sebelum cukai), PIYSB(keuntungan RM 6,100,000 sebelum cukai), MSNS(keuntungan RM 246,654 dan KSSB(keuntungan RM 2,516,489).
Abd.Karim: Yang Dipertua MPPJ
Abd.Karim bin Munisar, 59, dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd pada 6 September 2004, untuk mengawal sepenuhnya sumber ekonomi kerajaan negeri Selangor.

Pengumuman semalam membawa makna bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menguasai sepenuhnya sumber ekonomi Selangor. Menurut maklumat Bursa Saham, selepas tsunami politik 8 Mac 2008, Lembaga Pengarah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd telah dirombak secara besar-besaran. Empat orang pengarah yang rapat dengan BN Selangor telah meletak jawatan secara kolektif pada 22 April 2008.
Banyak syarikat kerajaan negeri Selangor, termasuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan PKNS telah didedahkan pekungnya selepas PR memerintah Selangor. Aktiviti pelaburan dan pembangunan yang mengundang pertikaian, termasuk pembinaan banglo Exco yang menelan RM40 juta, telah dibongkarkan.
Di samping itu, syarikat ini juga terlibat dalam peruntukan wang ke dalam akaun Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis), yang kemudiannya dituduh telah disalahgunakan.
Syarikat Selangor tunjang Balkis

Malah, akhbar The Sun mendedahkan daripada dermaan PKNS, sebanyak RM 218,719 digunakan sebagai Majlis Perasmian Kompleks Wawasan Balkis. Derma yang lain diperuntukkan kepada jamuan malam (RM200,000), menempah satu meja dalam jamuan tersebut (RM10,000) dan aktiviti lain (RM161,660).
Di samping itu, Kumpulan Darul Ehsan Berhad juga memainkan peranan yang utama dalam penstrukturan semula bekalan air negeri Selangor. Malah, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad telah menguasai 60% konsesi bekalan air di Selangor.
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Cina. Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.
0 comments:
Post a Comment