Terjemahan dari artikel: Umno rules because of the non-Malays
UMNO Memerintah Kerana Bukan-Melayu
Oleh: Raja Petra Kamarudin
Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata bahawa UMNO tidak memerlukan PAS dan UMNO cukup kuat untuk bertahan tanpa PAS. Ada di kalangan pemimpin UMNO yang meremehkan MCA, MIC, Gerakan, dll, dan mengesyorkan bahawa UMNO adalah lebih baik tanpa parti-parti bukan-Melayu - terutama ketika bukan-Melayu "banyak sangat menuntut'.
Baiklah, biarkan fakta berbicara sendiri. UMNO sendiri sedang hancur. UMNO memerlukan PAS kerana menyedari bahawa UMNO memerintah negara ini kerana ehsan bukan-Melayu. Tanpa bukan-Melayu, UMNO sudah mati. Jadi bagaimana UMNO mendakwa mewakili Melayu ketika Cina, India dan penduduk asal Malaysia Timur yang memberikan kuasa kepada UMNO untuk memerintah?
23 July, 2010
Mengejutkan - Itulah Sebenarnya Kekuatan UMNO
UMNO memerlukan PAS kerana ingin mendakwa secara sah bahawa ia adalah parti Melayu. Ketika ini ia tidak berhak untuk menuntutnya. Bukan orang Melayu tetapi bukan-Melayulah yang telah memberikan UMNO kuasa untuk memerintah.
Dalam PRU ke12 yang lepas, UMNO mendapat hanya 29.33% undi dan 35.6% kerusi parlimen. Hanya apabila di campurkan undi dari 13 parti komponen lain, maka Barisan Nasional menang dengan undi 50.27% dan 63.1% kerusi parlimen.
Dan perlu di ingat, itupun setelah mengambil kira persempadanan pilihanraya dan undi pos. Tanpa penipuan, Barisan Nasional sudah ditendang keluar dan hari ini pembangkang, Pakatan Rakyat, sudah sepatutnya memerintah Malaysia.
Jadi, UMNO sebenarnya tidak kuat di sebalik dakwaan Perdana Menteri Najib. Secara sendiri - tanpa pengundi Cina, India dan pribumi Sabah dan Sarawak - UMNO sebenarnya telah terkubur pada bulan Mac 2008. Dan itulah sebabnya sehingga ke hari ini, masih ada hati lagi mengurat PAS.
UMNO tahu, kecuali jika boleh berkahwin dengan PAS, masa depannya akan sentiasa bergantung pada sokongan bukan-Melayu. Dan UMNO bencikan keadaan itu. Tetapi kebanyakan orang Melayu tidak menyedari hal ini dan setakat ini UMNO dalam keadaan yang selamat. Namun begitu jika orang Melayu bangkit dan menyedari bahawa orang bukan-Melayulah yang menjadikan UMNO terus berkuasa, waktu itu hancurlah UMNO.
UMNO mungkin sebuah parti Melayu. Tapi bukanlah orang Melayu yang memberi kekuatan untuk UMNO berkuasa tetapi ia adalah 'pendatang' China dan India dan warga negara kelas dua daripada Malaysia Timur yang telah dijajah oleh UMNO. Mereka terus menjadikan UMNO berkuasa. Dan mereka mengizinkan UMNO menindas mereka.
Bodoh punya Cina, India dan Orang Sabah Dan Sarawak. Paling tidak, seorang pelacur mendapat bayaran walaupun terpaksa menjual tubuhnya. Sebaliknya anda di tindas dan perlu membayarnya. Anda lebih buruk dari mereka. Saya tidak punya simpati untuk orang Malaysia dari golongan ini. Dan inilah juga orang-orang yang banyak komplen. Bodoh!
Biar saya ulangi. Tanpa Cina, India dan penduduk asal Malaysia Timur, UMNO sudah mati. Anda menjadikan UMNO terus berkuasa. Dan hasilnya anda pendapat penghinaan. Anda berhak mendapat apa yang UMNO sajikan kepada anda. Dan Najib dengan angkuhnya mengatakan bahawa UMNO cukup kuat dan tidak perlukan PAS. Dan adakah anda tahu bahawa ada beberapa pemimpin PAS yang merasa bahawa mereka harus pergi ke tempat tidur bersama UMNO? Ya, tidak hanya Cina, India dan pribumi Malaysia Timur itu bodoh . Melayu pun ada yang bodoh.
0 comments:
Post a Comment