Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

23 February, 2010

Isteri ADUN Pelabuhan Klang tuntut cerai fasakh

Feb 22, 10 3:37pm

Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini menetapkan 21 April ini untuk sebutan semula kes permohonan cerai fasakh yang dikemukakan Ramizah Mazlan, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Hakim Syarie Abdul Malik Soleh menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Badrul, 50, melantik peguam bela untuk mewakilinya supaya kes itu dapat berjalan dengan lancar.

Terdahulu, Badrul (kanan) yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak bersetuju dengan kebanyakan daripada fakta yang dikemukakan oleh pihak isterinya untuk membubarkan perkahwinan mereka secara fasakh mengikut Seksyen 53, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Ramizah, 39, diwakili peguam Norrasyada Osman.

Badrul dan Ramizah bernikah pada 31 Julai 1993 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Badrul kini Adun Bebas selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) 29 Oktober tahun lalu.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.