Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mencabar UMNO untuk mengadakan piliharaya kecil di DUN Kota Seputeh, Kedah, seandainya UMNO yakin bahawa propaganda Utusan Malaysia berjaya, dan orang Melayu kini bersama UMNO. "The fact dia (UMNO) tak lawan ialah dia sendiri tak yakin dia boleh menang!" Berulang kali ditegaskan oleh Saifuddin (gambar kanan) dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada Jumaat lalu (5 Mac 2010), di ibu pejabat PKR. Sungguhpun mengakui bahawa propaganda musuh politiknya, UMNO mendatangkan kesan, terutamanya dalam tempoh 10 hari berkempen semasa pilihan raya, tetapi beliau tetap menyanggah pandangan bahawa UMNO telah memenangi sokongan Melayu, yang "termakan" dengan propaganda sedemikian. "...bagaimana anda menjelaskan, mengapa UMNO tak berani buat PRK di Kota Siputeh? Jangan salahkan mahkamahlah. Bagaimana anda jelaskan ini? Kenapa sampai sekarang, UMNO tak boleh bersedia buat PRK di Kota Siputeh, Kedah? Kawasan dia (UMNO), dia menang. Itu 90% (pengundinya terdiri daripada) Melayu," jawabnya dengan melontarkan soalan kepada wartawan. "Sebab apa? Sebabnya ialah you sebut tadi... Utusan Malaysia punya propaganda, dan UMNO yakin Melayu dengan dia. Come, fight with us in Kota Siputeh. Then you will know the result (Mari, lawan dengan kami di Kota Siputeh. Kamu akan mengetahui keputusannya.). Kalau PR menang di situ, habis UMNO punya propaganda "Melayu dengan kita (UMNO)". Dia kalah, di kawasan Melayu, kawasan padi. Kenapa dia tak (berani lawan)?" Saifuddin menyindir bahawa kes ini sengaja dilengah-lengahkan kerana UMNO-BN tidak yakin dirinya akan menang. Menurutnya, efisiensi mahkamah dalam kes ini cukup berbeza dengan kes Anwar Ibrahim, yang mana belumpun rayuan difailkan, tetapi mahkamah telah mengumumkan tarikh pendengarannya. UMNO di kawasan Melayu Kes Mohd.Nizar Jamaluddin yang terhakis sokongan pengundi Melayunya kira-kira 4%, ketika PRK Bukit Gantang pada 7 April 2009 (walaupun menang dengan majoriti lebih besar lantaran sokongan pengundi bukan Melayu) diketengahkan oleh wartawan, ketika meneliti persoalan sejauh manakah isu institusi Raja, Islam dan Melayu yang dimainkan Utusan Melayu memberi kesan terhadap Pakatan Rakyat (PR). Ketika mengulas propaganda UMNO dengan retorik perkauman dan agama, Saifuddin berkata, "Dalam konteks propaganda dimainkan oleh UMNO melalui Utusanterutamanya, saya fikir itu lebih berupa strategi berkampung. Bertahan dalam wilayah sokongan Melayu sahaja. You (UMNO) duduk di situ saja. You contain your support base saja. You tak reach out lagi dengan isu-isu yang you main tu." Beliau mengambil contoh bagaimana kawasan pengundian parlimen yang lebih 90% pengundinya terdiri daripada Melayu, misalnya Machang, Ketereh dan Tanah Merah (kesemuanya dari Kelantan) itu dimenangi oleh PKR. Seterusnya, UMNO perlu berdepan dengan PAS di kawasan dominasi Melayu di negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Di kawasan campuran, iaitu 40% hingga 70% Melayu, seperti Permatang Pauh, Kulim Bandar Baharu, Kuala Selangor, Titiwangsa, Bagan Serai dan sebagainya, UMNO juga gagal menandingi PKR dan PAS, kata Saifuddin. "Kalau UMNO memilih, melalui propaganda Utusan Malaysia, dia nak bertahan di kawasan Melayu, apa jaminan dia boleh survive di situ? Di kawasan Melayu, dengan isu rasis dia, atau pun dia boleh end up setakat itu saje?" Saifuddin melanjutkan analisisnya, "sebab itu, apa yang berlaku sekarang? Tuntutan UMNO terhadap kerusi campuran. Yang terbaru, UMNO tuntut (kawasan parlimen) Batu, ambil daripada Gerakan." Enggan beri kredit kepada Utusan Ketika mengulas "apakah serangan propaganda Utusan Malaysia terlalu ganas untuk ditangkis sesetengah pemimpin PKR, sehingga berakhir dengan keluar parti apabila gagal menjelaskan kepada masyarakat akar umbi", dengan lantas Saifuddin menjawab, "Saya tidak mahu memberi kredibiliti yang begitu besar terhadap Utusan Malaysia, (bahawa) media propaganda yang memberi kesan kepada lompat partinya beberapa ahli." "Bukan kerana denial, tidak." Beliau menyambung, "Sebab saya mengenali watak-watak ini, yang buat keputusan ini (keluar parti). Saya kenal, rapat dengan mereka. Kalau saudara baca alasan yang mereka beri dalam suratkhabar, tentulah yang terbaru, (ahli parlimen) Bagan Serai, (bangkit) soal kalimah Allah, soal agama..." Saifuddin menjelaskan, "Setiap orang tu ada nichedia. You talk about Abdullah Sani, (ahli parlimen) Kuala Langat, isunya apa? Trade union (Kesatuan Pekerja). You talk about Tian (Chua), Sivarasa (Rasiah), Elizabeth Wong, ini kan human rights activist? (aktivis hak asasi manusia) Dia ada nichedia. Tapi kamu sebut (ahli parlimen) Bagan Serai, dia tak ada niche sebagai Malay fighter (pejuang Melayu), tak ada. Not as good as Zul Noordin (Zulkifli Noordin) lah..." "Dia tak ada imej itu. Tetapi the moment dia isytihar keluar (parti), (kononnya) kerana tak setuju (pendirian parti)...kerana parti sudah tidak bawa perjuangan. No. Antara yang tersurat dengan yang tersirat berbeza," tambahnya. Antara "menarik" dan "menolak" Mengulas lebih lanjut fenomena "keluar parti", Saifuddin menganalisa, "Dia wujud dalam dua keadaan. Satu, push factor dan yang kedua pull factor. Pull factor daripada BN and UMNO. Kita tahu realitinya. Pertemuan-pertemuan antara ejen-ejen UMNO, pemimpin UMNO yang memberikan tawaran, reward, carrot dan sebagainya..." "Kita tahu. Dalam makluman parti. Hotel mana pertemuan itu berlaku, siapa orang UMNO yang menjalankan itu... Panggilan telefon kepada wakil-wakil rakyat kita. Sejauh dari Amerika, pemimpin UMNO yang berada di Amerika menghubungi. Kita simpan nombor telefonnya," katanya. Old dog and new trick Malah, Saifuddin memetik ayat yang digunakan bekas Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim dalam kenyataannya, "old dog cannot learn new tricks", untuk digunakan ke atas UMNO. "Betul, old dog UMNO dan BN ini, dia punya trick apa? Intimidation (ugutan),harassment (gangguan), buy over (beli)... ini old trick dia. Dia tak boleh berubah. Whereas Keadilan, justice for all. New politics. Things that are intangible..." Saifuddin berkata, "so, who is Anwar to stop them? Kualiti yang ada pada mereka dengan kualiti yang ada pada Anwar, lain. Kita perlu berdepan dengan (kenyataan) ini." Di samping itu, Saifuddin tidak menafikan wujudnya "push factor" daripada PKR, sama ada disedari atau tidak. "Benda-benda seperti...kadang-kala kita tidak memberikan saluran yang baik untuk mereka luahkan rintihan mereka. Kadang-kala, kurang dana parti, kita tak terdaya nak memuaskan semua orang." "Jadi, ada yang kata ini sebahagian daripada perjuangan dan kita perlu teruskan. Tetapi sesetengah berkata, kita tak mampu menanggung ini. Saya merumuskan ini sebagaipush factor," katanya, sambil mengakui bahawa partinya perlu belajar dari pengajaran ini. Idealisme perjuangan PKR Dalam wawancara bersama MerdekaReview yang mengambil masa lebih daripada satu jam, Saifuddin Nasution juga berkongsi pengalaman bagaimana PKR yang dianggotai pemimpin dari pelbagai latar belakang, mengendalikan perbezaan pendapat masing-masing. Beliau mengakui bahawa Anwar bersendirian untuk mempertahankan pendirian yang tidak popular itu dalam perbincangan parti, yang mana Saifuddin sendiri turut berbeza pendapat dengan Anwar pada ketika itu. Keputusan PRU ke-12 membuktikan bacaan politik Anwar tepat, walaupun PKR terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mempertahankan pendirian tersebut, kata Saifuddin. Sememangnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk mengendalikan perbezaan pendapat, yang perlu mengimbangi antara "pendirian individu" dengan "pendirian parti", dan antara "ketegasan disiplin" dengan "kebebasan bersuara". Mengulas isu ini, Saifuddin berkata, "Cabaran yang terbesar kepada kepimpinan tu apa? Dia kena mold together (semua pendapat) dan menjadikannya sebagai dasar parti. Kita perlu mempertahankan dasar parti." "Saya kena kata, pendirian Keadilan tentang Chin Peng. Kita kata, yes, (beliau dibenarkan) balik. Alasan kita apa? Perjanjian perdamaian Haadyai, latar belakangnya, kita bagi alasan." "Pendirian parti setelah melalui proses perbincangan, ada setuju ada tidak. Akhirnya kita bersetuju. Dan saya di sini nak menerangkan kepada tuan-tuan dan puan-puan... (secara) rasional. Itulah pemimpin parti. Kalau anda kata, pandangan saya lain, habislah you. Itulah masalah yang kita ada dengan Zul (Zulkifli Noordin). Kamu mesti jadi team player!" (Bahagian ketiga, tamat) Bahagian pertama: Saifuddin kepada Zulkifli: Malu anda dakwa diri berjuang untuk Islam! *Temuramah bersama Saifuddin Nasution Ismail ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Chen Shaua Fui dari MerdekaReview. |
0 comments:
Post a Comment